Isnin, 17 Jun 2019

ASET NEGARA DIJUAL MASYARAKAT RUGI
Oleh. Basron Kirwan
Kuala Lumpur. Pendedahan Ketua Penerangan umno Malaysia Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berhubung penjualan beberapa aset negara setelah menjadi kerajaan Malaysia perlu dibaca oleh seluruh rakyat Malaysia khususnya Sarawak dan Sabah dimana kerugian akan berlaku dalam jangkamasa panjang, pendedahan ini juga perlu disampaikan oleh ketua ketua bahagian Umno, ketua ketua cawangan Umno disamping para pemimpin parti gabungan pembangkang agar rakyat jelata faham situasi terkini.
Menurut pamerhati politik veteran dalam Malaysia jika penjualan aset negara yang dilakukan oleh PH masa kini tidak benar sudah pasti ketua penerangan Umno Malaysia akan disiasat lebih mendalam, namun sehingga berita ini ditulis belum ada kabar laporan penjualan aset negara disiasat oleh pihak kerajaan PH malah dilaporkan Ketua Penerangan Umno Malaysia aktif mendampingi seluruh lapisan rakyat Malaysia.
Sementara itu para pemimpin parti pembangkang diseluruh negara boleh menggunakan hujah ketua penerangan Umno Malaysia sebagai memberi kefahan kepada mereka apa yang wajar dipertahankan oleh pemimpin bersama rakyat jelata jika sayang aset negara terjual.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan