Ahad, 16 Jun 2019

Sudut Perjalanan
Oleh. Norafzah Dolah
Menyingkap perjalanan kru media terkini mempamerkan perkampungan terpencil belum sempurna dalam
aspek jalan raya walaupun Sabah merdeka sejak tahun 1963 dahulu, namun sungguhpun masyarakat kampung yang tidak sempurna jalan raya mereka tinggal jauh terpencil keramahan mereka sungguh luar biasa yang sempat dikunjungi media terkini dikemuncak kampung Nondion Nogutas Telipok. Kunjungan ini bersempana rumah terbuka Aidilfitri En. Kamirul Jupini Dan seluruh keluarga beliau penuh kemeriahan walaupun pengguna kenderaan kecil terpaksa berjalan kaki lebih kurang 3 kilometer menurut penduduk setempat.
Media Terkini difahamkan kawasan kampung tersebut tidak memiliki bekalan eletrik, jalan raya tidak sempurna dan bekalan air juga masih graviti anak sungai.
Kerajaan baru PH Warisan di Sabah boleh lah sekali sekala turun kaki menjejaki Kg. Nondion Nogutas Telipok tanpa bergantung orang bawahan jika mahu melihat sendiri bagaimana derita kami jelas orang kampung setempat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan