Khamis, 6 Jun 2019

Oleh. Williem Anak Lagau
GPS SIAP SEDIA PRU KE 12
Kuching. Gabungan Parti Sarawak (GPS) dilaporkan telah menggerak jentera bersama rakyat jelata pelbagai etnik diseluruh negeri bagi persediaan menghadapi pilihan raya negeri kali ke 12 yang dilaporkan tidak lama lagi, mampukah rakyat Sarawak mempertahankan tampuk kerajaan GPS berhadapan dengan Pakatan Harapan yang menjadi kerajaan Persekutuan pada masa kini sudah pasti pertembungan pilihan raya kali ke 12 bakal panas dan hanya rakyat pengundi Sarawak sahaja yang mampu menentukan masa depan politik mereka keatas kestabilan pembangunan dan ekonomi negeri tersebut.
Rakyat Sarawak juga dilaporkan unik dalam memilih teraju kepimpinan negeri sejak sekian lama berbanding negeri negeri lain dalam Malaysia dimana memiliki ketenangan kearah menentukan kerajaan negeri mereka, tidak hairan lah jika Sarawak masa kini rakyat mereka masih meramalkan belum terlintas mahu merubah perjuangan GPS masa kini demi mereka anak bumi kenyalang yang masih meyakini teraju GPS warga Sarawak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan