Isnin, 17 Jun 2019

BERHENTI TENGAH LORONG SEHALA
Oleh. Jopis Anak Lagau
Telipok. Masyarakat setempat perlu mempelajari perundangan jalan raya tanpa ikut perasaan apabila memandu dijalan lorong sehala tidak boleh berhenti tengah jalan bagi menurunkan penumpang, tindakan seumpama sememangnya mengundang kemalangan apabila ada motorsikal memotong dengan lorong sisipan terutama golongan petugas penghantar surat atau bungkusan kepada para pelanggan mereka tanpa mengira masa.
Dalam kejadian terbaru sebuah kenderaan rakyat tempatan melakukan perbuatan seumpama dipekan Telipok mengakibatkan penunggang motorsikal hampir melanggar pintu kedai pekan Telipok akibat mengelak terlanggar pintu kenderaan terbabit, anehnya sudahlah pemandu kenderaan berkenaan berhenti tengah jalan sehala membuka pintu berlagak lagi menyalahkan motorsikal yang menyisip bahagian kiri kenderaan berkenaan walaupun tidak dibenarkan menghalang laluan kenderaan dalam lorong sehala jelas orang ramai.
Pemandu kenderaan terlibat dilaporkan tidak mengaku kesalahan yang dilakukan nya, semoga golongan terlibat insaf apa yang mereka lakukan gari ini agar tidak berulang pada pemandu orang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan