Ahad, 9 Jun 2019

Berita Ringkas
PELANCONG MINTA DERMA GUNA GAMBAR MERAGUKAN
Oleh. Hujera Ben
Sabah. Beberapa wanita pelancong bergerak aktif meminta derma dengan menggunakan gambar lelaki terlantar sakit konon nya suami sakit dengan tulisan tanpa chop pengesahan dari hospital kerajaan negara asal mereka mahupun kementerian pelancongan dalam negara Malaysia, kejadian ini dilaporkan oleh warga anak negeri Sabah yang kerap melihat kumpulan wanita berkenaan bergerak setiap pintu kedai dan orang perseorangan dianggarkan mampu mengutip RM500.00 sehari demi menyelamatkan suami menurut peminta sedekah berkenaan.
Para peminta sedekah ini juga dilaporkan tidak tahu menggunakan bahasa Inggeris apa tak lagi bahasa Melayu melainkan menggunakan bahasa Cina, ini sangat meragukan warga anak negeri Sabah yang berpendidikan namun masih lagi dihulurkan oleh masyarakat yang kurang menitikberatkan penipuan yang terus bergerak bebas dipelusuk negeri ini ujar mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan