Khamis, 13 Jun 2019

 RINGKASAN BERITA SEMASA
Oleh. Williem Anak Lagau
Kota Kinabalu. Warga anak negeri Sabah masih lagi tidak mengenali pengemis susah atau pengemis terancang dikalangan pelancong dari luar negara, kemelut ini berlaku hampir setiap hari tanpa disedari oleh warga anak negeri tidak kira dalam bandar atau dipekan pekan kecil selagi kenderaan awam boleh hantar pasti pengemis terancang dikalangan pelancong terus berleluasa jelas kelab penaja Islam Dusun Tindal Kota Belud Sabah.

Penghuni Bandaraya
Kota Kinabalu mempersoalkan mengapa banyak jejentas yang sudah siap disini masih lagi belum boleh digunakan, yang anehnya tidak ada pengumuman dibuat pihak berkuasa tempatan berhubung kelewatan pemakaian jejentas berkenaan terutama diwaktu musim hujan bagi menyeberang jalan raya tegas mereka.

Kerajaan Sabah diminta memantau penyebaran laporan mengelirukan dalam watshap group sejak beberapa minggu lalu,  penyebaran ini dilaporkan oleh pembaca Media Terkini bagi mengingatkan orang ramai yang menerima agar melaporkan kepada kerajaan Sabah agar tidak terus berleluasa dirakam group watshap dalam Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan