Khamis, 27 Jun 2019

MAMPUKAN URUTAN TANGAN SEMBUHKAN PENYAKIT?
Oleh. Huzera Ben
Borneo. Sana sini urutan tangan tumbuh bagai cendawan menjanjikan semua penyakit dalam badan mampu disembuhkan walaupun sekadar urutan jemari sepuluh, malah dilaporkan ada juga yang sanggup berhenti rawatan Hospital Kerajaan akibat terpengaruh dengan pengakuan tukang urut yang boleh menyembuhkan semua penyakit dalam tubuh manusia berpandukan dengan gambar kedua belah tapak kaki masing masing.
Dalam tinjauan Media Terkini majoriti urutan guna tapak tangan dan rendam tapak kaki mendakwa mampu menyembuhkan semua jenis penyakit tanpa sebarang keraguan, berbanding dengan Hospital kerajaan yang tidak berani menjanjikan kesembuhan setiap pesakit yang datang membuat rawatan melainkan sekadar berusaha memberi rawatan dengan pelbagai jenis ubat yang diluluskan sebagai penyembuh penyakit yang dialami pesakit jelas orang ramai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan