Isnin, 27 Mei 2019

SUMBANGAN RAMADHAN SILIH BERGANTI
Oleh. Jusdi Kurdih
Telipok. Umat Islam bersyukur bagi kawasan Kebayau, Tamalang dan Lawa Mondou berikutan setiap tahun dibulan ramadhan pasti
silih berganti penyumbang hamper makanan terhadap golongan umat Islam dan saudara baru serta mereka yang benar benar serba kekurangan sepanjang ramadhan dan menjelang hari raya aidilfitri, sumbangan seumpama hanya sekali dalam setahun dan menjadi satu kesyukuran dikalangan para penerima demi keseimbangan kehidupan tanpa ada yang disisihkan dikalangan mereka yang sangat memerlukan apa tak lagi warga emas, oku, pesakit kronik, dan golongan mualaf yang terpilih sejajar tanggongjawab dalam keagamaan memberi sumbangan yang sewajarnya.
Menurut sumber maklumat orang Islam daerah Kota Kinabalu terdapat umat Islam sanggup bermegah mengaut keuntungan menerima bantuan berulangkali walaupun mereka mampu mengurus kehidupan penuh kesihatan berbanding orang warga emas, oku,  pesakit kronik yang terbiar tanpa mencukupi sara kehidupan berbanding mereka yang bermegah mengaut sumbangan dua ke tiga kali bantuan dalam masa seminggu dalam kawasan yang sama tanpa berterus terang dengan kemampuan dan sumbangan yang sudah diterima ujar orang ramai.
Apapun orang ramai yang ditemui yakin umat Islam yang mengetahui hukum sumbangan memahami penerimaan mereka dalam bentuk sumbangan dan bukan bermegah megah berulangkali menerima berlebihan reziki yang diterima berbanding rakan rakan sekeliling mereka yang belum terima sumbangan namun ada pula tersenyum dengan tangisan rakan seagama mereka yang belum menerima sebarang bantuan tentu sekali menitis air mata dibulan ramadhan dan menyambut aidilfitri jelas orang Islam yang ditemui.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan