Khamis, 30 Mei 2019

Oleh. Jasly Dolah / Williem Anak Lagau
KUASA PENIAGA ASING MELAMBAK
Sabah.  Isu peniaga asing sebenarnya bukan hendak dipersalahkan namun mengapa ia boleh berlaku dalam konteks daya fikir masyarakat anak negeri Sabah sedangkan dalam sudut fizikel sama status kesihatan dan daya fikir tanpa cacat celah nya, namun dalam aspek lain terlalu banyak perbezaan yang tidak terungkai secara terbuka dimana permaufakatan antara peniaga asing cukup kukuh berbanding masyarakat anak negeri jelas masing masing dengan haluan diri tanpa menoleh kesusahan derita etnik mereka sendiri dalam sejarah terbaru cukup merisaukan dalam jangkamasa panjang.
Status perniagaan anak negeri yang kelihatan kontraktor, kedai, sub kontraktor, dilaporkan 5 peratus sahaja keseluruhan namun peniaga asing cukup terkenal dan dapat dilihat diseluruh Sabah, bagi industri kecil kecilan pula penjajah bergerak dan tamu mingguan serta pasar malam harian pun amat jelas anak negeri terus ketinggalan dibelakang peniaga asing yang kental semangat dari pagi hingga kemalam selagi ada ruang.
Dalam industri persuratkabaran dan penyiaran di Sabah pula berapa ranai bumiputera anak negeri menguasainya berbanding kaum Cina India dan lain lain dari luar negeri Sabah tentu sekali sukar diterima akal mengapa ini semua terjadi, namun ini lah hakikat yang tidak pernah dirungkai malah langkah kehadapan generasi anak negeri masih terlalu perlahan masing masing dengan status tidak mahu bersatu merebut peluang apa yang telah kerajaan sediakan untuk mereka sehingga sanggup diambil oleh peniaga asing.
Dalam konteks ini isu kerajaan tak bantu bukan pokok utama malah yang menjadi persoalan ialah mengapa anak negeri tidak mampu keluar dari kepompong kurang kesatuan bersatu dan berkerjasama merebut peluang yang kerajaan berikan pada mereka sebelum diambil oleh peniaga asing dalan negeri ini dan bila ianya terungkai!?.
Jawapan persoalan ini hanya ada dalam dada anak anak negeri tanpa melibatkan bangsa lain atau peniaga asing itu sendiri, jika anak anak negeri terus berada dalam kepompong masing masing tidak bersatu merubah kefahaman maufakat merebut peluang perniagaan istilahnya jangan salahkan orang asing membina empayar perniagaan pelbagai bidang dinegeri Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan