Sabtu, 11 Mei 2019

GAMBAR SIARAN SEKADAR HIASAN
Oleh. Basron Kirwan
Sandakan. Pilihan raya kecil parlimen 186 Sandakan setakat jam 3.50 petang desas desus para pengundi setempat melaporkan PBS mampu menang hasil sokongan pengundi anak negeri Sabah,  selain dari itu anak negeri masa kini mengharap status Sabah dan Sarawak dikembalikan sebagai negara sekutu dengan Malaya sebagai Malaysia dengan ertikata tidak diubah apa yang termaktub dalam perjanjian 1963 dan ini lah kesempatan kami jelas mereka.
Sinonim dengan pengundi Cina sebilangan dari mereka ketika ditemui mengaku tidak akan meninggalkan Roket dalam apa juga keadaan mereka pasti tetap memangkah Dap sebagai perjuangan setia, masaalah dalam penentu undi adalah pengundi Islam antara Bebas, DAP atau PBS namun kabar dari Cina setempat juga ada yang menyokong PBS khususnya memiliki sijil anak negeri akui mereka ringkas. 
Media Terkini dimaklumkan pengundi Islam lebih banyak berdiam ketika ditemui sesiapa juga disebabkan bimbang tok ketua marah jika didedahkan sokongan undi mereka pada hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan