Ahad, 12 Mei 2019

Oleh. Hujera Ben dan Norafzah Dolah
MENGAPA MASYARAKAT HILANG HARMONI?
Sabah. Sejak beberapa bulan lepas ramai masyarakat mengeluh berikutan semakin terhakis keharmonian serta permaufakatan masyarakat berbilang kaum apa tak lagi slogan berjabat tangan jauh sekali, jauh berbeza dengan kekuatan keharmonian dan permaufakatan dalam era enam puluhan hingga tahun dua puluh tujuh belas bukan sahaja dikawasan perumahan malah turut terasa dikawasan perkampungan sekitar bandar masing masing mahu berkuasa.
Selain dari itu ramai masyarakat hari ini bagai tidak kenal dengan jiran tetangga masa kini walaupun berselisih dijalanan bagaikan pengaruh negara maju sudah meresap dalam diri masing masing, masaalah seumpama bakal memecahbelahkan kaum jika tidak ada usaha para pemimpin tempatan mengekalkan keharmonian dan permaufakatan kaum diantara satu sama lain masyarakat tempatan dipelusuk negeri ini kearah rakyat maufakat negeri aman damai.
Antara luahan masyarakat yang disampaikan oleh Ejurun Abdul Ishak dari Jalan Kalabakan Tawau dalam tinjauan Media Terkini sekitar pantai timur negeri ini sebagai mengimbas situasi masyarakat tempatan sejak kebelakangan ini tanpa memilih bangsa dan agama mereka, namun jelas sekali ramai masyarakat hari ini terbawa bawa arus politik dimana enggan mengaku kelemahan mereka bila ditegur kearah kesatuan masyarakat sebaliknya mengutamakan kekuatan diri sendiri bagi menawan jiwa sekumpulan empunya kemewahan sebagai membelakangi rakyat yang tidak mempunyai harta benda apa tak lagi golongan hartawan pasti disanjung tinggi katanya.
Ejurun Abdul Ishak yakin dengan luahan teguran dalam akbhar ini mampu menyedarkan warga kota mahupun warga desa kearah membentuk permaufakatan keharmonian dan menjauhi sifat angkuh sombong kehadapan rakyat miskin dan menyanjungi kumpulan mewah hartawan, sebaliknya kembalikan permaufakatan disamping sentiasa tolong menolong dalam apa juga kedudukan dan jangan sesekali menindas orang lain semata mata mahu memajukan diri sendiri apa tak lagi dalam industri perniagaan ramai mahu majukan diri sendiri namun cuba menidak perniagaan orang lain walaupun berstatus jiran tetangga dalam ertikata mahu percuma dengan orang lain namun perniagaan kendiri harga melambung harga tinggi ujar beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan