Sabtu, 11 Mei 2019

KEKALAHAN PEMBANGKANG PERLU DIBAIKI
Oleh. Williem Anak Lagau
Sandakan. Kekalahan PBS dalam PRK P. 186 Sandakan perlu diperbaiki bagi mendampingi rakyat jelata secara keseluruhan kearah memberi penerangan terperinci perjuangan dalam misi mempertahankan tanah air demi generasi akan datang, kekalahan PBS juga mungkin kekurangan masa disamping jentera kempen mereka dalam akbar bercetak serta media eletronik yang dilesenkan sebagai menangkis pelbagai taktik pihak lawan meraih undi seluruh rakyat dalam negeri Sabah setiap masa.
Antara luahan para penyokong PBS yang menemui media terkini selepas menerima kekalahan PBS undi 4,491 dengan DAP yang memperolehi undi 16,012 manakala calon Bebas Hamzah Abdullah 788 undi,  Bebas Chia Sew Yung 178 undi Bebas Sulaiman Samat 126 undi.
Berdasarkan jumlah undi PBS dan para calon calon Bebas jika dikumpul masih 5,683 undi yang tidak mengundi DAP dengan kelebihan undi DAP secara keseluruhan dari undi PBS dan Bebas sekadar 10,329 undi sahaja tegas masyarakat diseluruh Parlimen Sandakan yang berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya kecil berkenaan walaupun calon yang mereka sokong telah tewas dengan calon DAP.
Apapun yang berlaku dengan keputusan PRK P. 186 Sandakan boleh berubah juga jika ada kemahuan mendampingi dan bersuara sepanjang masa demi pembelaan kepada rakyat setempat tanpa henti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan