Ahad, 12 Mei 2019

PELIK SB DIHALANG HADIR SIDANG MEDIA
Oleh. Jasly Dolah
Sabah. Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador hari ini terkejut dengan seorang pemimpin kanan Parti Warisan Sabah menghalang anggota SB Polis DiRaja Malaysia dari menghadiri Majlis Sidang Media Warisan dekat sini, sejarah SB Polis DiRaja Malaysia sebelum ini bebas menghadiri apa juga majlis sama ada anjuran parti pembangkang mahupun parti memerintah mereka tidak pernah dihalang dan mungkin ini pertama kali berlaku dalam sejarah Sabah.
Kes tersebut didedahkan sebuah portal berita dalam negara ini bahawa seorang anggota SB dihalang memasuki sidang media Parti Warisan Sabah tanpa keterangan lebih terperinci puncanya,  bagi badan NGO anak negeri Sabah yang dihubungi menjelaskan anggota SB tidak wajar dihalang menyertai apa juga program parti politik kerajaan dan pembangkang amnya selagi berada dalam negara Malaysia memandangkan semua aspek seumpama dibawah bidang tugas pasukan keselamatan ujar mereka.
Menurut Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Badur sesiapa yang menghalang anggota Polis menjalankan tugas bagi SB  boleh dikenakan dalam menghalang penjawat awam dibawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan  Penjara Tidak Lebih 2 Tahun atau Denda Tidak Lebih RM10,000

Tiada ulasan:

Catat Ulasan