Jumaat, 31 Mei 2019

Oleh. Williem Anak Lagau
TADAU KAAMATAN 2019 HAMBAR
Sabah. Sambutan Tadau Kaamatan tahun 2019 hambar dikawasan luar bandar kecuali anjuran pihak pemimpin kerajaan sahaja nampak meriah bersama penjawat awam dan ahli perniagaan, bagi pekerja swasta dan petani nelayan amat terasa Tadau Kaamatan tidak semeriah dengan kerajaan terdahulu dimana mereka tidak diberi peluang bersama merayakan bersama disetiap pekan mahupun kampung sebagai mana dilakukan kerajaan terdahulu.
Pendedahan ini disuarakan oleh Paulus Muyibi dari Ranau sebagai mengulas isu kemeriahan Tadau Kaamatan yang terasa hambar pada kawasan pekan dan perkampungan seperti sokongan kerajaan terdahulu namun kini hanya orang kaya sahaja mengecapi Pesta Menuai, kerajaan terdahulu akan memberi TIONGGOM kepada warga KDM yang kurang berkemampuan bagi meraihkan Pesta Menuai namun kerajaan Sabah masa kini bukan sahaja melupakan TIONGGOM pada orang miskin malah turut tidak memberi sokongan peruntukan penganjuran perayaan tersebut ujar beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan