Ahad, 26 Mei 2019

Oleh. Hujera Ben
KELAYAKAN TERIMA BANTUAN BUKAN KIRA UMUR
Tuaran. Tindakan penelitian semua aspek bagi menyenaraikan penerima bantuan bukan tertumpu kepada usia semata mata malah ianya perlu diambil kira kesihatan orang pesakit kronik seseorang, golongan asnaf agar tidak ada yang tercicir dari bantuan kerajaan badan badan ngo serta syarikat syarikat berkeupayaan membantu, tindakan beberapa pihak yang hanya menyenaraikan warga emas sihat dan pesakit menerima bantuan tanpa mengkaji dari sudut lain hanya merugikan pihak kerajaan hanya merugikan rakyat yang berkelayakan apa tak lagi pesakit kronik dan golongan asnaf pasti sepanjang hayat merasai kerugian dalam hidup golongan terlibat sepanjang masa.
En. Badin Emat Amil lantik dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Cawangan Tuaran merangkap Pengurusi Surau Kg. Kebayau Telipok berkata demikian semasa penyerahan sumbangan dari badan IKRAM Sabah dan Islamic Relief  kepada golongan asnaf,  wargatua, pesakit kronik dan golongan OKU serta ibu tunggal tidak berkemampuan di Surau Kg.  Kebayau Telipok, sebagai Pengurusi Surau Kg.  Kebayau Telipok semua penduduk yang layak menerima bantuan beragama Islam dalam kawadan tersebut tidak ada yang ditinggalkan selagi diterima oleh pihak penyumbang demi memberi sinar kehidupan terhadap golongan yang menerima sumbangan katanya.
Bdin Emat juga berterima kasih kepada semua penduduk Kg.  Kebayau Tamalang yang turut hadir pada majlis tersebut walaupun alakadar dan serba kekurangan namun memberi makna besar terhadap para penerima seramai 20 keluarga disamping tetamu undangan Media Terkini Malaysia yang sempat membuat liputan ringkas program tersebut katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan