Sabtu, 25 Mei 2019

Oleh. Norzaitie Kirwan
USAHA TIDAK BERNOKTHA
Telipok. Bagi mengimarah Surau atau Masjid apa juga keperluan didalam nya boleh memohon kepada pihak berkuasa tempatan demi keperluan seluruh jemaah yang menggunakan Surau atau Masjid setempat, tidak ada istilah kekurangan atau dhaif selagi mampu mencari jalan penyelasaian tanpa mementingkan diri seperti mana tanggongjawab menyebarkan agama Islam dengan sempurna berdasarkan setiap kampung dalam tanggongjawab yang diamanahkan.
Wakil Imam (Amil)  merangkap Pengurusi Surau Kampung Kebayau Badin Emat berkata demikian semasa menerima sumbangan Pembesar Suara, Almari Rak dan Tikar dari Baitul Mal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah hari ini, kita bersyukur dibulan Ramadhan ini Allah swt telah memberi sebahagian dari keperluan didalam Surau Kg. Kebayau walaupun sesetengah umat Islam setempat merupakan Mualaf (Saudara Baru)  namun sentiasa bersinar dengan semangat mereka terus belajar al Quran jelas beliau.
Badin Emat berterima kasih dengan sumbangan Baitul Mal Jabatan Hal Eheal Agama Islam Negeri Sabah menghulurkan kelengkapan serupa pada musim bulan Ramadhan al mubarak ini demi kepentingan umat Islam yang menggunakan Surau setempat katanya.
Bagi umat Islam Kg.  Kebayau yang sempat ditemui berharap En.  Badin Emat dipanjangkan usia sebagai terus memimpin Agama Islam setempat tanpa galang ganti nya buat masa kini ujar umat Islam setempat yang ditemui.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan