Isnin, 13 Mei 2019

POLITIK SABAH SELEPAS PRK SANDAKAN?
Oleh. Hujera Ben
Sabah. Kekalahan teruk PBS pilihan raya kecil Parlimen Sandakan telah membuka jalan keluar dan masuk ahli ahli parti politik tempatan Sabah apa tak lagi penghizrahan ahli ahli parti parti politik pembangkang kedalam beberapa parti pakatan harapan, sungguhpun kes ini terlalu banyak berlaku namun tidak banyak perkara yang dilakukan golongan setia menerajui parti pembangkang dalam negeri Sabah bagaikan mereka masih berkuasa seperti kerajaan terdahulu tanpa menerima hakikat bahawa Pakatan Harapan dan Warisan telah menerajui kerajaan negeri dan persekutuan amnya.
Antara paparan En. Nicholas Bernerd dari Kelab Veteran Keselamatan Negeri Sabah sebagai mengulas kekalahan OBS di Parlimen Sandakan 11 Mei 2019 lalu, amat jelas beberapa pemimpin parti pembangkang Sabah masih enggan memperbaiki hubungan dengan ahli diperingkat akar umbi termasuk lah saling meragui dan tidak mempercayai sesama ahli parti masing masing bagaikan sentiasa reda jika mereka tewas dalam pilihan raya tegasnya.
Apapun terserah dengan perjuangan parti pembangkang Sabah masa kini memandangkan terlalu sukar menemui para pemimpin tertinggi parti berkenaan walaupun telah diusahakan sebaik mungkin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan