Khamis, 30 Mei 2019

Oleh. Jopis Anak Lagau
LAGENDA SUNGAI BAGAI HILANG ?
Sejarah di Sungai Mongkobung Telipok (Gambar Disiar) bagai hilang tanpa ada usaha menghidupkan nya sebagai kawasan tadahan air mahupun pusat riada pelancongan, ternyata masa kini sungai tersebut menjadi saliran pembuangan air kumbahan najis terawat (dilaporkan) haiwan penternakan khinzir disamping lubuk permandian Kerbau disepanjang Sungai Mongkobung dimana bersejarah besar suatu masa dahulu.
Pandangan masyarakat berbilang kaum dikawasan Mukim Telipok semasa kunjungan kru media terkini dikawasan tersebut hari ini, malah Sungai Mongkobung Telipok juga dilaporkan berlaku kesilapan pemasangan nama Sungai berkenaan berhampiran satu laluan jambatan kenderaan simpang Kg.  Tamalang Bawah dengan Jalan utama Laluan Logkou Baru menuju Pekan Kiulu menerusi kontraktor yang melakukan kerja dalam kerajaan terdahulu.
Masyarakat masa kini dimukim Telipok berharap kerajaan baharu dapat menjaga masaalah pencemaran Sungai Mongkobung Telipok demi dijadikan pusat tadahan air disamping industri pelancongan kepentingan seluruh masyarakat anak negeri setempat dalam jangkamasa panjang tegas mereka.
Gambar sepanjang Sungai Mongkobung menjadi permandian sekumpulan besar penternakan Kerbau akibat tidak memiliki pemantau setiap hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan