Rabu, 29 Mei 2019

JUAL HERBA DIKATA UBAT
Oleh. Mutirin Ak Hujiri
Telipok. Pelik tapi benar herba rumpai laut dijual namun disahkan ubat tanpa kelulusan KKM dengan propaganda penjual sendiri yang mengakui ianya ubat dan bukan lagi herba, selain dari itu golongan penjual juga memaksa setiap orang ramai lalu lalang mencuba ubat mereka dengan minum dan menggosok luaran sebelum dipaksa membeli produk dengan kadar harga tidak munasabah tegas orang ramai yang telah menjadi mangsa.
Menurut penduduk mukim Telipok setiap khamis tamu mingguan pekan Telipok antara lain tumpuan penjual produk yang meragukan namun tidak ada penguatkuasa yang memantau dari 5.00 pagi hingga 12.30 tengahari,  bayangkan lah jika sepanjang masa penjualan produk meragukan berleluasa tanpa pengawasan pihak penguatkuasa tempatan sudah jelas sepanjang hayat juga warga tempatan menjadi pengguna produk meragukan dan natijahnya orang tempatan yang teraniya jelas mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan