Selasa, 28 Mei 2019

Oleh. Bujie Tukarang
HAIWAN IMPORT DIBELAI ANAK DIBUAI TANGIS TAK SUDAH
Tamparuli. Perbidalan Haiwan Import Dibelai Anak Dibuai Tangis Tak Sudah kata kata yang sesuai diungkapkan pada kisah Tamparuli setiap hari rabu Tamu Mingguan berikutan peniaga kecil kecilan anak negeri terus terpinggir walau mampu menaik industri etnik mereka jika direalisasikan, selain dari itu adalah menjadi tanda tanya etnik anak negeri Tamparuli tidak mengenali etnik mereka sendiri dengan mendambakan peniaga luar berbanding etnik mereka sendiri sehingga dilaporkan peniaga luar mampu meraih untung ratusan ringgit seorang sehari.
Dipaparkan oleh Duwisin Tongkoliham (enggan disiar gambar)  bagi merumuskan situasi  sebenar kes berlaku industri perniagaan kecil kecilan etnik anak negeri setempat berbanding peniaga dari luar dan asing amnya tanpa ada kesedaran yang jelas,  perkara ini amat membimbangkan dikalangan etnik anak negeri yang berusaha memajukan warga anak negeri namun tidak berdaya akibat kekangan anak negeri setempat yang dengki orang mereka sendiri maju dalam perniagaan sehingga mendokong peniaga asing maju di Tamparuli ujar beliau.
Dalam tinjaun Media Terkini juga jelas jika etnik asli Sabah berniaga di Tamparuli mencari RM50.00 pun susah, sebaliknya warga luar dan peniaga asing berniaga sambil berjalan mampu meraih RM600.00 keatas dalam seorang sehingga orang asing berani kata emas bah Tamparuli bosku.
Pandang ke depan dan berfikir sejenak dimana lalainya etnik anak negeri setempat tetap ada jawapan yakni buangkan hasad dengki pada etnik sendiri pasti ada jawapan nya jelas Duwisin Tongkoliham mengakhiri perbualan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan