Rabu, 8 Mei 2019

 ISU BAZAR RAMADHAN PERLU DIKAJI
Oleh. Norzaitie Kirwan
Sabah.  Penyediaan Tapak Bazar Ramadhan merupakan antara terbaik bagi negeri
Sabah sebagai sumber pencarian wang tambahan disamping membantu umat Islam membeli keperluan berbuka puasa dimusim bulan ramadhan,  namun berdasarkan suara orang ramai keburukan tap ada berikutan ramai penjual berkenaan tidak mengutamakan kebersihan dengan sebilangan makanan terhidang tanpa ditutupi sebagai memberi ruang debu dan kuman menghinggapinya.
Selain dari itu ada juga penjual bazar ramadan yang menjual juadah berbuka seawal jam 1.00 tengahari tanpa mengira siapa juga pembeli juadah mereka, ini menyebabkan ramai yang  sedang mencari jamuan ringkas tanpa menunggu masa untuk berbuka berikutan hidangan tersedia diwaktu tengahari jelas orang ramai yang ditemui.
Dalam konteks menjual dibulan ramadhan seharusnya diketatkan berjualan pada jam 4.30 petang tiap hari dan bukan nya seawal jam 1.00 tengahari,  selain dari itu pokok utama kerajaan harus mengarahkan penjualan makanan yang sudah dimasak ditetapkan sentiasa ditutup dan bukan nya ternganga tanpa penutup sepanjang masa berniaga tegas orang ramai kepada media terkini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan