Ahad, 12 Mei 2019

Oleh. Jopis Anak Lagau
PEMBANGKANG SABAH GERAK KE AKAR UMBI
Sabah. Kepimpinan
parti pembangkang dinegeri ini perlu memperbaiki dasar kepimpinan sehingga keakar umbi melibatkan
seluruh rakyat jelata tanpa mengira bangsa dan agama disamping mencari jalan menghulur sebarang bantuan penting dikalangan mereka yang memerlukan agar sokongan rakyat berbilang kaum dan agama terus kukuh sepanjang masa, kegemaran politik bermusim dikalangan sebilangan pemimpin parti politik dalam negeri ini tanpa menumpukan kunjungan lebih kerap pada rakyat jelata berkemungkinan antara punca ahli parti kekal ramai namun undi rakyat jelata dalam senarai ahli sudah ke parti pihak lawan yang aktif datang menjenguk setiap pintu rumah rakyat anak negeri ini.
Kesedaran sentiasa mengutama dan mendekati sentiasa ahli diperingkat akar umbi demi memperkasa sokongan rakyat terhadap para pemimpin parti politik diperingkat atasan diluahkan oleh Datuk Din Adam Timbalan Pengurusi UMNO Negeri Terangganu sebagai langkah memperkemas perjuangan semua parti pembangkang dalam Malaysia bagi menghadapi PRU KE 15 akan datang, bagi negeri Sabah yang banyak pemimpin UMNO dan PBS serta membubarkan BN perjuangan para pemimpin parti pembangkang yang tinggal harus menggembeling tenaga bagi memulihkan sokongan seluruh ahli ahli parti dan rakyat jelata yang termampu agar tidak berlaku puluhan ribu ahli parti namun undi pilihan raya hilang entah kemana dan ini lah keperluan jadikan pengajaran.
Memperkemas hubungan pemimpin parti politik pembangkang kepada ahli ahli parti diperingkat akar umbi amat penting apa tak lagi disuarakan oleh pemimpin UMNO Terangganu Datuk Din Adam sebagai panduan memulihkan sokongan seluruh ahli diperingkat akar umbi, jangan sesekali terlalu selesa berpuluh ribu ahli parti yang mengisi borang ahli ahli parti namun tidak pernah ditemui setelah menjadi ketua diperingkat bahagian nahupun lebih tinggi dari itu sebab jika ini diamalkan pasti senarai ahli pada pembangkang namun undi sudah ditangan PH DAP dan WARISAN jelas penduduk Sabah.
Presiden Parti Bersatu Sabah Datuk Dr. Maxsimus J. Ongkili perlu mengkaji betapa baik cadangan Datuk Din Adam sebagai melangkah keperingkat akar umbi segerak para pemimpin Parti Pembangkang di Sabah termasuk lah STAR, UMNO, MCA dan beberapa parti politik pembangkang lain jika berhasrat mahu memenangi tampuk kerajaan negeri Sabah pada pilihan raya ke 15 akan datang, sejajar dengan pandangan membina ini gerak turun padang sehingga kepada ahli ahli diperingkat akar umbi termasuk lah seluruh lapisan rakyat jelata agar mampu mengembalikan kegemilangan PBS semasa mula penubuhan nya dan berkuasa semula bersama pembangkang lain untuk Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan