Isnin, 27 Mei 2019

BERSATU BERGOLAK DITAMPARULI
Oleh. Jopis Anak Lagau
Tamparuli. Parti Pribumi Bersatu Malaysia bahagian Tamparuli kini dalam kedudukan bergolak berikutan berlaku perebutan ketua penaja dikalangan penduduk kawasan Tuaran dengan penduduk kawasan Tamparuli, kes ini timbul setelah dilaporkan Datuk Seri Panglima Haji Hajijih Mohd.  Noor meletak kepercayaan kepada Paranting Lipayan sebagai Pengurusi Penaja parti Pribumi Bersatu Malaysia beberapa minggu lalu namun dalam pada itu ada pula seseorang wanita bekas calon pada PRU ke 14 lalu bagi Parlimen Tuaran meyebarkan dakwaan bahawa beliau bakal menjadi Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia bagi DUN Tamparuli jelas penyokong Bersatu yang keciwa.
Dalam konteks ini Datuk Seri Panglima Haji Hajijih Mohd.  Noor tidak dapat dihubungi bagi mendapat ulasan lebih lanjut memandangkan Paranting Lipayan juga enggan ditemui berhubung kes perebutan Pengurusi Penaja Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan