Rabu, 3 Jun 2020

TULAR LAGI MENAKUTKAN COVID 19
Oleh. Gason Dumiri
Kuala Lumpur. Rakyat Sabah tidak perlu mendengar FB dan watsap menakut nakutkan penyakit Covid 19 yang dilaporkan hari ini sehingga orang kampung gusar keluar keladang, malah sumber pembaca media di Sabah melaporkan penyebaran ini dipercayai dari minah kilang yang suka menyebok menularkan peningkatan kes dalam malaysia dan Sabah amnya sejak sebulan lalu.
Dalam pengumuman KKM hari ini kes terbaru direkodkan berjumlah 93 orang dimana seramai 91 bukan warganegara Malaysia dan hanya 2 orang rakyat Malaysia dilapor dijangkiti dalam negara, jumlah keseluruhan kes sehingga kini 7,970 orang dimana kes aktif kebolehjangkitan berjumlah 1,324 orang yang telah diasingkan untuk rawatan pihak hospital.
Sementara dalam kes kesembuhan hari ini 61 pesakit Covid 19 telah sembuh dan dicaj dari hospital menjadikan jumlah kesembuhan sehingga kini berjumlah 6,531 orang.
Bagi pesakit Covid 19 yang dirawat dalam Unit Kawalan Rapi berjumlah 6 orang manakala 2 orang pesakit terlibat memerlukan alat bantuan pernafasan.
Tidak ada laporan kematian pesakit Covid 19 hari ini dengan mengekalkan kes kematian seramai 115 orang sejak beberapa hari yang lepas.
Paruhi semua nasihat pihak KKM dan Kerajaan Malaysia bagi mengelak oenularan Covid 19 dan hentikan penyebaran laman sosial serta watsap group yang menakutkan orang ramai tanpa memberi nasihat orang ramai dalam pengawalan dan penjarakan sosial demi memutuskan rangkaian Covid 19.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan