TINDAKAN TIMBALAN KETUA CABANG KELUAR PARTI PANAS
Oleh. Williem Anak Lagau
Sabah. PKR negeri ini panas berikutan tindakan Jailani Chachu Timbalan Ketua Cabang PKR Kalabakan keluar parti beberapa hari lalu yang mendakwa bersama ribuan ahli turut bersamanya, ramai pemerhati politik terkedu berhubung isu tersebut sehingga dicabar oleh parti mereka menunjuk bukti keahlian pengikutnya bagai beliau (Jailani) amat berpengaruh bagi bahagian Kalabakan sampai dicabar dalam media massa oleh pimpinan PKR Sabah dimana mereka (PKR SABAH) bagai panas peninggalan Jailani Chachu bersama pengikutnya (Tidak Ada Gambar Bukti) meninggalkan PKR dikawasan Kalabakan jelas pemerhati politik Sabah pada Media Terkini dekat sini.
Sejak beberapa hari lalu negeri Sabah digemparkan kumpulan Datuk Nani Sakam dengan bekas bekas pemimpin PKR negeri mengistihar keluar dari PKR bertempat dikawasan Putatan juga mendapat reaksi panas dikalangan kepimpinan dalam PKR bagai rasa mereka tercabar kehilangan ahli walaupun lumrah politik mereka datang dan pergi sepanjang masa jelas beberapa aktivis politik dalam negeri Sabah.
Bagaimanakan jentera PKR Sabah menangani pemimpin dan ahli mereka agar tidak meninggalkan parti mereka selepas ini?, hanya kepimpinan PKR negeri Sabah yang mampu mencorak yang terbaik terhadap semua ahli mereka agar tidak keluar parti demi menghadapi pilihan raya negeri mahupun parlimen yang sentiasa menanti apabila tiba masanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan