Rabu, 10 Jun 2020

UGUT GAMBAR PISTOL DAN PELURU JANGAN TAKUT
Oleh. Williem Anak
Lagau
Orang asal Sabah dan Sarawak tidak perlu takut ugutan tembak dengan pistol dan peluru terhadap sesiapapun individu yang membantu melapor sarang PATI dalam Sabah dan Sarawak kepada pihak berkuasa tempatan jika wujud kloni persembunyian PATI termasuklah golongan pelindung PATI demi kedaulatan tanah air orang asal negeri negeri tersebut.
Antara kenyataan beberapa bekas Tentera DiRaja yang tinggal di Sarawak dan Sabah bagi mengulas ugutan gambar pistol dan peluru terhadap Vedrom Bahanda yang telah direkodkan kes polis Kota Kinabalu untuk siasatan baru baru ini, malah kumpulan bekas Tentera yang menghantar kenyataan kepada Media Terkini mencabar PATI supaya tampil menyerah diri kepada pihak berkuasa sebelum diburu pasukan Imegeresen, Polis dan Angkatan Tentera DiRaja Malaysia sedikit masa lagi walau dimana juga berada dalam Sabah mahupun Sarawak amnya.
Bekas Tentera Sarawak dan Sabah juga mengingatkan seluruh orang asal kedua dua negeri tersebut agar tidak tunduk pada ugutan namun perlu berwaspada dalam setiap pergerakan pemanduan kenderaan, berjalan kaki bersendirian, mahupun seluruh keluarga dimana PATI ini cukup bijak berlakon bila dilindungi kerabat mereka dimana jika termakan pujuk rayu dan hormat mereka pasti nyawa melayang ditangan mereka PATI ujar mereka.
Langkah orang asal Sabah selain melapor persembunyian PATI DAN DALANG PELINDUNG MEREKA PADA PIHAK BERKUASA boleh saling berhubungan dengan bekas bekas Tentera yang berpengalaman agar mampu menimba ilmu terhadap tindak tanduk PATI DAN PELINDUNG setiap hari disetiap perkampungan orang asal dalam kedua dua negeri tersebut tanpa merasa malu tegas kumpulan bekas Tentera yang menemui Media hari ini. Bekas Tentera terlibat mengingatkan PATI bahawa Senjata Api dan Nyawa bukan mainan oleh itu jangan permainkan ugutan seumpama demi memelihara hubungan baik negara negara serantau tegas mereka.


Disuarakan sekumpulan Bekas Tentera DiRaja Malaysia Sarawak dan Sabah bagi membantu mengulas ugutan Pistol Dan Peluru terhadap orang asal Sabah dan mereka mengingatkan sebilangan dari mereka mempunyai kepakaran pelbagai senjata masa berkhidmat dahulu seperti gambar senjata yang disiar sebagai renungan kaki ugut orang asal Sarawak Mahupun Sabah.
(Gambar Senjata Adalah Hiasan Siaran)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan