Sabtu, 27 Jun 2020

PEMIMPIN DAN ORANG KAMPUNG BERPISAH TIADA
Oleh. Williem Anak Lagau
Parlimen Tuaran. Penduduk Kg. Loputong Mukim Gaya Ratau sebulat suara bersama kepimpinan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menganjurkan Got
ong Royong membersih jalan Raya Simpang Utama Jalan Loputong sehingga
kerumah En. Gaibin Ransoi sejauh 2 kilometer dekat sini.
Pelbagai peralatan dipergunakan sepanjang gotong royong tersebut seperti, Cangkul, Parang, Mesen Rumput bagi membersih jalan dan perparitan sepanjang jalan berkenaan.
Puan  Lizawati @ Herni Radin peserta gotong royong tersebut berterima kasih segala daya usaha bersama antara penduduk kampung sekitar bersama dengan En. Paranting Lipayan Ketua Pusat Daerah Mengundi Kawasan P. 170 Tuaran merangkap Timbalan Ketua Bahagian Penyelaras PPBM Dun Tamparuli yang merancang program seumpama berserta sebilangan penduduk setempat berjaya membersih jalan dan perparitan sehingga memberi manaafaat seluruh keluarga Gaibin Ransoi yang tinggal kawasan kampung katanya.
Sementara bagi Nathan Septhan selaku  Pergerakan Pemuda PPBM pusat Daerah Mengundi Mukim Gaya Ratau akan terus sama sama menggerakkan pelbagai kerja amal bersama ahli ahli PPBM bersama rakyat setempat tanpa merasa jemu apa tak lagi dipimpin oleh Paranting Lipatan katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan