Selasa, 16 Jun 2020

 SUMBANGAN PRIHATIN JANGAN DISALAHERTIKAN
Oleh. Jasly Dollah
Inanam. Masyarakat didalam kawasan Dun Inanam diminta jangan salahertikan keprihatinan pelbagai sumbangan makanan kewangan mahupun program kemasyarakatan yang diberikan oleh seseorang pemimpin parti politik kepada rakyat sepanjang Serangan Covid 19 sehingga boleh memecahbelahkan perpaduan parti politik diperingkat sesuatu bahagian akibat penyebaran buah mulut tidak berasas golongan individu tidak bertanggungjawab, perbuatan seumpama juga boleh menyebabkan permusuhan dijalankan para pemimpin parti politik setempat jika tidak dibendung pada peringkat awal sebagai memperkasa perjuangan kepimpinan kuat tanpa mempunyai hasrat yang lain dan menyokong penuh kepimpinan seseorang ketua dipertingkat bahagian sepanjang tempoh perkhidmatan nya dan bukan memecahbelahkan kekuatan parti dengan menabur fitnah yang tidak berasas.
Suara tegas penduduk Kg. Minintod Inanam terhadap beberapa individu yang cuba menabur fitnah melaga lagakan antara Fredoline Totin Bangon Ketua Bahagian PBS N. 18 Inanam dengan Ajis Dyonisius Lobinson Naib 2 PBS N 18 Inanam yang banyak berusaha membantu menghulur pelbagai bantuan pada rakyat tempatan sepanjang tempoh PKP, PKPB dan PKPP masa kini bagi memperkasa kerja amal kepimpinan PBS Bahagian Inanam dengan semua atas nama baik perjuangan kepimpinan PBS Bahagian bersama agar rakyat setempat dapat memenafaatkan bakti kepimpinan PBS Bahagian Inanam ujar warga Minintod hari ini.
Menurut warga Minintod Inanam yang ditemui setiap kali Ajis Dyonisius Lobinson turun padang menghulurkan derma sumbangan beliau sentiasa memperkenalkan kepimpinan baik dan memperingati seluruh rakyat Inanam dari Ketua Bahagian dengan izin nya bantuan disalur kepada segenap rakyat yang memerlukan tanpa mengira kefahaman parti politik tegas mereka.
Media Terkini difahamkan oleh kepimpinan tertinggi PBS pusat bahawa PBS Bahagian Inanam penuh maufakat sehingga kini dan tidak goyah dengan penyebaran dakyah yang cuba memecahbelahkan kekuatan kepimpinan parti tersebut oleh golongan individu yang cuba menjadi musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan