Isnin, 8 Jun 2020

COVID 19 MALAYSIA HARI INI
Oleh. Jaitos Dumiri
Kuala Lumpur. KKM merekodkan 20 kes kesembuhan Covid 19 hari ini menjadikan jumlah pesakit yang sembuh masa kini 6,694 orang.
Sementara itu kes Covid 19 yang terbaru hari ini berjumlah 7 orang menjadikan semua kes direkodkan berjumlah 8,329  sehingga kini dimana 2 kes import jangkitan dari luar negara manakala 5 lagi merupakan penularan tempatan dan warganegara Malaysia.
Bagi kes positif Covid 19 yang telah diasingkan bagi mendapat rawatan dihospital berjumlah 1,518 orang.
Sehingga hari ini seramai 6 orang pesakit Covid 19 sedang mendapat rawatan di Unit Kawalan Rapi (ICU) dan seorang memerlukan bantuan alat oernafasan.
Tidak ada kes kematian pesakit Covid 19 hari ini dan kekal kes kematian 117 orang sehingga hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan