RAKYAT MENANTI DETIK PILIHAN RAYA
Oleh. Williem Anak Lagau
Kuala Lumpur. Cadangan BN UMNO membubarkan Parlimen bagai ada kekurangan jika tidak diserentak dengan setiap DUN yang mengamalkan pembentukan kerajaan pintu belakang seperti tohmahan terhadap kerajaan Perikatan Nasional masa kini, malah rakyat mendesak mana mana kerajaan negeri dibentuk atas kapasiti melompat meninggalkan parti yang diundi rakyat seharusnya turut membubarkan kerajaan mereka agar rakyat sekali lagi memilih pemimpin mereka yang tidak menghianati undi sebenar rakyat jelata diseluruh negara.
Luahan Gilbert Andikit Pegawai Penyelia Kilang di Kuala Lumpur menyokong BN UMNO membubarkan Parlimen dan jika tidak menyalahi perundangan Dun Sabah juga harus dibubarkan bagi memberi ruang tulen rakyat mengundi antara BN UMNO, PBS, STAR, PBRS, PAS, SAPP dan BERSATU sebagai gabungan menentang WARISAN, DAP, PKR, AMANAH dan UPKO agar dapat dilihat kekuatan sokongan undi sebenar rakyat berpihak dimana kepimpinan parti dan bukan nya memperalat kemenangan undi dalam BN namun menyertai kepimpinan Warisan PH UPKO tegas beliau.
Gilbert Andikit yakin rakyat masa kini yakin lebih bijak memilih calon berpolitik berdasarkan kepada pengalaman pru 14 lalu dimana undi mdreka diputar belit sebaik BN menang 29 kerusi dan didokong STAR 2 kerusi namun akibat lompat meninggalkan BN tanpa restu pengundi BN Sabah tidak dapat memerintah kesal beliau.
Rakyat Malaysia kini menunggu Parlimen dibubar dan jika kerajaan Sabah mahu menyahut cabaran rakyat pengundi sama sama serentak membubarkan Parlimen dan DUN Sabah tegas Gilbert Andikit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan