Khamis, 25 Jun 2020

 AMANAH DAN WARISAN DITINGGALKAN AHLI
Oleh. Jasly Dollah
Sabah. Parti Amanah kehilangan 100 Ahli manakala
Parti Warisan kehilangan 200 ahli diperingkat akar umbi atas perakuan ahli ahli parti mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan tertinggi parti mereka hari ini.
Parti Amanah diketuai Dani Anak Ganggai Biro Sukan Amanah Sabah membawa 100 ahlinya meletak jawatan dan keahlian dalam parti Amanah manakala Azman Moong Ketua Cawangan Warisan Kg. Turusan Baru Pulau Timbang Sandakan meletak jawatan dan Keahlian bersama 200 ahli parti mereka hari ini sebagai hilang keyakinan perjuangan kepimpinam parti kedua duanya selepas dua tahun memerintah negeri Sabah.
Mereka percaya rakyat jelata Sabah berhak memilih halatuju perjuangan pemimpin mereka yang benar benar membela rakyat dalam menanti PRU ke 15 akan datang tanpa sebarang paksaan dalam pemilihan parti menurut perundangan demokrasi ujar mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan