Ahad, 7 Jun 2020

Covid 19 Malaysia Kekal 117 Kematian
Oleh. Jasly Dollah
Kuala Lumpur. KKM melaporkan tidak ada kematian pesakit Covid 19 dalam negara hari ini walaupun terdapat 19 kes baharu menjadikan keseluruhan kes pesakit Covid 19 berjumlah 8,322 orang sehingga hari ini. Daripada 19 kes baharu yang dilaporkan 6 kes import jangkitan diluar negara 13 kes penularan tempatan 2 kes bukan warganegara 11 kes warganegara Malaysia.
Bagi kes kebolehjangkitan yang telah diasingkan untuk rawatan dihospital berjumlah 1,531 manakala seramai 5 orang sedang dirawat diunit kawalan rapi namun tidak ada yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Dalam kes kesembuhan hari ini seramai 39 kes yang telah pulih dan dibenarkan dicat dari hospital menjadikan jumlah keseluruhan yang sembuh berjumlah 6,674 orang sehingga hari ini.
Kes kematian tidak ada yang dilaporkan untuk hari ini menjadikan kes tersebut kekal 117 orang setakat hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan