Sabtu, 27 Jun 2020

586 AHLI WARISAN DAN PKR SERTAI STAR
Oleh. Williem Anak Lagau
Kemabong. Seramai 586
orang dari 20  perkampungan sekitar Kg. Kalibatang Lama dalam kawasan Kemabong telah nekad meniggalkan
parti Warisan dan Parti Keadilan Rakyat hari ini demi memperjuangkan sebenar masa depan Sabah bersama dengan Parti Solideriti Tanah Air Ku (STAR) pimpinan Datuk Dr. Jeffery G. Kitingon Presiden Star merangkap Ahli Parlimen Keningau.
Kemasukan beramai ramai ini diketuai oleh  Sigar Ampungit dalam satu penyampaian penuh SOP yang diterima oleh YB. Datuk  Alfred Ellron Angin  ADUN Sook bertempat di KG. Kalibatang Lama Tomani Kemabong Tenom hari ini.
Majoriti orang asal di 20 buah perkampungan sebulat suara berjuang bersama STAR dan Parti Parti yang bergabung dengan nya menerusi kepimpinan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Haji Mohamad Yassin Presiden Bersatu Merangkap Perdana Menteri Malaysia dalam Pimpinan Perikatan Nasional ujar mereka.
Media Terkini dimaklumkan ramai lagi masyarakat Mukim Tomani dalam DUN Kemabong akan bersedia menyertai STAR dimasa akan datang berikutan melihat agenda perjuangan yang jelas penuh kenyataan ujar mereka.
Masyarakat yang menyertai Parti STAR berterima kasih kepada YB. Datuk  Alfred Ellron Angin ADUN Sook diatas kesudian menghadiri majlis tersebut serta menerima borang keahlian mereka kedalam Parti Star hari ini walaupun dalam majlis yang ringkas sebagai menjaga SOP dalam menangani pandemik Covid 19 dalam Fasa PKPP jelas penduduk setempat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan