Khamis, 11 Jun 2020

RAKYAT JELATA PENENTU KEPIMPINAN POLITIK
Oleh. Jasly Dollah
Tamparuli. Rakyat jelata berhak memilih parti politik yang membela masa depan mereka tanpa mengira bangsa dan agama terutama latarbelakang kepimpinan yang telus tegas berwawasan dalam aspek pembangunan serta ekonomi masyarakat sejagat, dengan kepimpiban seumpama mampu dinilai rakyat jelata tanpa kita pengaruhi pasti rakyat sekeliling dengan sendirinya menyertai perjuangan sebagai ahli dimana mereka (rakyat) akan tinggalkan parti asal demi memikirkan masa hadapan mereka yang terpelihara serta lebih terjamin khususnya orang orang asal Dun Tamparuli mecakupi pelbagai etnik  dan amalan agama.
Pendedahan En. Paranting Lipayan Ahli Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM)  kawasan Dun Tamparuli dalam satu pertemuan Media Terkini dekat sini dimana beliau membayangkan telah ramai yang mendaftar keahlian dalam parti tersebut secara berperingkat, beliau enggan mendedahkan parti parti asal dikalangan ahli baru mendaftar dalam PPBM Tamparuli demi tidak memburuk nama parti politik yang mereka tinggalkan walaupun terdapat ramalan bakal ada keruncingan parti politik setempat yang dilaporkan semakin lama semakin hilang ahli parti mereka di Tamparuli demi pemerkasaan PPBM bagi kawasan Dun Tamparuli katanya.
Menurut sumber ahli ahli PPBM Dun Tamparuli kebanyakan ahli ahli yang menyertai keahlian dalam PPBM setempat meninggalkan parti lama mereka akibat hilang keyakinan terhadap kepimpinan yang menguasai mereka bagai tidak menghiraukan  perjuangan parti lama mereka walaupun bertahun tahun setia bersama berjuang kearah parti yang maju kehadapan ujar mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan