Selasa, 2 Jun 2020

TIDAK BERLAKU KES KEMATIAN COVID 19 HARI INI
Oleh. Basron Kirwan
Kuala Lumpur. KKM mengesahkan tidak ada kematian pesakit Covid 19 meninggal dunia direkodkan hari ini malah seramai 66 kes pesakit telah sembuh dan dibenarkan pulang menjadikan jumlah yang telah dicaj sehingga kini seramai 6,470 orang.
Bagi kes terbaru seramai 20 orang membabitkan 15 kes import diluar negara manakala 5 kes penularan tempatan.
Jumlah kes keseluruhan pesakit Covid 19 dalam negara direkodkan sehingga kini berjumlah 7,877 orang manakala kes kebolehjangkitan yang telah diasingkan pesakit Covid 19 untuk rawatan berjumlah 1,292 orang.
Sehingga kini seramai 6 kes dirawat dalam Unit Kawalan Rapi (ICU) manakala 2 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Dalam kes kematian pesakit Covid 19 hari ini kekal 115 orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan