MP PKR KELUAR PARTI SOKONG PM
Oleh. Williem Anak Lagau
Sarawak. Satu lagi hadiah kepimpinan PN berikutan pengumuman YB. Tambah @ Jugah Muyang (gambar) mengistiharkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi Ahli Parlimen Bebas menyokong Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Haji Mohamad Yassin serta kerajaan negeri Sarawak pimpinan GPS oleh Datuk Amar Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri Sarawak hari ini.
YB. Tambah @ Jugah Muyang merupakan Ahli Parlimen P. 203 Lubuk Antu yang dilaporkan telah dilantik Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat sebelum beliau keluar parti bagi menyokong kerajaan PN, selain dari itu beliau juga menyokong kerajaan negeri Sarawak dibawah naungan Gabungan Parti Sarawak demi kesinambungan pembangunan dan ekonomi rakyat seluruh Parlimen di Lubuk Antu sehingga pilihan raya kali ke 15 agar tidak berlaku sebarang ketinggalan dalam kedua dua bidang berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan