Jumaat, 5 Jun 2020

COVID 19 MEREKOD SATU KEMATIAN HARI INI
Oleh. Gason Dumiri
Kuala Lumpur. KKM merekodkan satu kematian pesakit Covid 19 warganegara Malaysia berusia 61 tahun hari ini menjadikan jumlah kematian sehingga kini 116 orang.
Bagi kes terbaru Covid 19 dilaporkan seramai 19 orang menjadikan jumlah kes keseluruhan 8,266 orang.
Dalam kes terbaru 7 kes import jangkitan berada diluar negara manakala 12 kes merupakan penularan tempatan.
51 kes pesakit Covid 19 dilaporkan sembuh hari ini menjadikan jumlah kdzembuhan 6,610 sehingga kehari ini dimana kes kebolehjangkitan yang telah diasingkan untuk rawatan berjumlah 1,540 orang.
Seramai 6 orang pesakit Covid 19 sedang dirawat di Unit Kawalan rapi (ICU)  manakala seorang pesakit memedlukan alat bantuan pernafasan. Sehingga kini belum ada tanda tanda PKPB untuk ditamatkan malah ramai yang meramalkan ianya masih diteruskan sehingga penyakit Covid 19 hilang dinegara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan