Khamis, 7 September 2017

Oleh. Bujie Tukarag
HARI MALAYSIA PERLU KESEDARAN ORANG KITA?
Sabah.  Sesetengah orang dalam negeri ini menegur sikap perpecahan dikalangan masyarakat Pribumi  yang gemar berpecah belah  dikalangan sesama sendiri disebabkan ramai mendambakan sesuatu kuasa tanpa berfikir sesuatu kesan negitif dikalangan masyarakat sekeliling mereka dalam jangka masa  panjang, selain dari itu sikap enggan menerima  sebarang teguran dikalangan orang yang lebih berpengalaman dalam semua urusan perbincangan peringkat kampung dan daerah terus menggagalkan matlamat memupuk perpaduan dikalangan masyarakat bumiputera dalam negeri ini.
Pada tarik 16 Sept  setiap tahun merupakan satu peristiwa yang menjadi sejarah kenangan seluruh masyarakat Sabah dan Sarawak berikutan kejayaan kemerdekaan pada tahun 1963 namun sebilangan masyarakat masa kini bagaikan berlumba lumba mengejar kedudukan dalam arena politik yang tumbuh bagai cendawan masa kini,  jika generasi masa kini kurang kesedaran bagi menghayati  perjuangan sepanjangan usaha memerdekakan tanah air bersama Tanah Melayu pada tahun 1963 dan hari ini perlu dijadikan panduan bagi memelihara perpaduan disamping mengutamakan  pengawasan keselamatan tanah AIR bersama.
Kesedaran seluruh rakyat Sabah dan Sarawak dalam mengenang tarikh keramat 16 September setiap tahun cukup bermakna demi memelihara keseamatan tanah air dalam jangkamasa panjang disamping memupuk integrasi nasional kearah negeri mencapai pembangunan maju serta ekonomi yang tertinggi rakyat kecapi, jika segala permaufakatan  dan saling berkerjasama segenap lapisan masyarakat Sabah Sarawak ianya pasti boleh memberi manafaat seluruh generasi kita dimasa akan datang tanpa mengalami pelbai masaalah seperti pergolakan diluar negara masa kini walaupun negara mereka telah mengecapi kemajuan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA BAGI SABAH SAWAK 16 SEPTEMBER 2017.(SABAH SARAWAK BERSAMA MALAYA) KEPADA SELURUH RAKYAT SARAWAK SABAH DIMANA JUGA BERADA, JADIKAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA PADA SEPTEMBER INI SATU KENANGAN ABADI BERSAMA SELURUH RAKAN RAKAN SEKELILING AGAR SILATURRAHIM DAN PERMAUFAKATAN DAPAT DIREALISASIKAN KEARAH KEAMANAN TANAH AIR KITA BERSAMA DALAM JANGKAMASA PANJANG, KEKALKAN HUBUNGAN ERAT RAKYAT MALAYSIA, SARAWAK DAN SABAH TANPA MENGIRA BANGSA DAN AGAMA BERSEMPANA HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER SETIAP TAHUN.
DARIPADA,  RADZWAN IBRAHIM DAN KELUARGA KOTA KINABALU SABAH.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan