Ahad, 10 September 2017

Oleh. Williem Anak Lagau
RAKYAT JELATA MINTA KAJI CALON BERWIBAWA
Sabah. Semua kerusi Dewan Undangan Negeri yang diperuntukan kepada PBS dimana kawasan yang tewas semasa PRU ke 13 yang lalu harus dikaji dalam meletak calon pada PRU ke 14 akan datang jika BN berhasrat mahu menawan semula kerusi tersebut dari tangan parti pembangkang, jika BN tersilap meletak senarai calon pemimpin yang disenangi rakyat secara keseluruhan mewakili semua parti kompenan BN tidak mustahil ianya serupa sekadar memberi kemenangangan parti pembangkang apabila rakyat sendiri berpaling tadah seperti PRU ke 13 yang lepas tanpa diambil kira golongan pemilih calon.
Diantara yang panas menjadi sukar pemilihan calon ialah DUN Inanam, DUN Tamparuli serta DUN Kadamaian dimana rakyat jelata setempat tidak diberi peluang mengemukakan suara mahupun cadangan memilih calon yang berpotensi untuk menang disukai seluruh penyokong parti kompenan BN setempat, malah seluruh pemimpin tertinggi BN dikawasan tersebut juga harus turun padang mendengar semua suara rakyat jelata setempat agar apa juga kemelut yang tersembunyi terbongkar lebih awal berbanding sesuatu kekalahan akan menanti selepas pilihan raya ke 14 akan datang dalam negeri Sabah.
Semua pemimpin yang berjawatan diperingkat kawasan Dewan Undangan Negeri sememang nya baik bagi perwakilan sesebuah parti politik namun belum pasti golongan terlibat dapat diterima oleh seluruh rakyat jelata yang mewakili beberapa parti kompenan BN disamping berdaftar sebagai pengundi, maka dalam konteks ini Parti Bersatu Sabah harus menggalas tanggongjawab bagi mendengar suara seluruh rakyat setempat mewakili semua parti kompenan BN demi memastikan calon yang bakal bertanding boleh diterima semua rakyat jelata yang mengundi dikawasan tersebut demi mencapai kemenangan.
Antara pandangan beberapa penyokong parti kompenan BN yang bersuara dalam tinjauan Medis Terkini dikawasan Kadamaian, Tamparuli dan Inanam bagi memastikan calon calon yang dipilih pafa PRU ke 14 akan datang dari golongan yang disukai seluruh rakyat dan bukan dari sokongan 30 orang kebawah pada sesuatu perjumpaan tertutup parti tertentu, jika suara rakyat jelata ini dapat dipertimbangkan oleh seluruh pemimpin tertinggi parti kompdnan BN parti pembangkang diseluruh Sabah tidak mampu menawan hati rakyat jelata apa tak lagi seluruh rakyat jelata memiliki wakil rakyat prihatin dan bertanggongjawab terhadap pelbagai masaalah penduduk setempat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan