Sabtu, 16 September 2017


Oleh. Jopis Anak Lagau/Bujie Tukarang
BN BERTEMBUNG PEMBANGKANG SIAPA RAIH SOKONGAN
Tuaran. Para pemimpin parti kompenan Barisan Nasional (BN) dan Parti Pembangkang dari Malaya dan Gabungan Sabah terus meramalkan masing masing memperolehi sokongan padu dikalangan masyarakat berbilang kaum bercerita dengan penyokong tegar mereka semasa mengungkap kata kata mereka didepan penyokong tegar setiap perjumpaan, jauh disudut hati rakyat jelata berbilang kaum bukan sahaja perlukan perubahan politik malah amat mengutamakan peningkatan sumber ekonomi kewangan mereka setiap hari apa tak lagi bagi masyarakat luar bandar yang hidup dalam kesempitan bersama keluarga mereka.
Bagi UMNO dan Parti Kompenan BN dalam negeri Sabah tidak banyak masaalah memberi bantuan kepada masyarakat seluruh Sabah apa tak lagi bagi kawasan Parlimen Tuaran  sepanjang tahun sudah pasti senario politik mereka mampu merubah kehendak rakyat  jelata setempat  tanpa mengira masa apabila rakyat memerlukan cara mendesak, ini mungkin boleh menggugat harapan parti pembangkang meraih sokongan dikalangan rakyat yang mengharap bantuan kewangan untuk keluarga mereka dalam masa masa tertentu berikutan para pemimpin parti pembangkang sentiasa melaungkan jangan main politik wang tanpa mengambil kira kepentingan rakyat termiskin diluar bandar walaupun undi orang miskin amat diperlukan.
Kerusi Parlimen Tuaran kini dipegang oleh Pemangku Presiden UPKO Datuk Madius Tangau, DUN Sulaman dipegang oleh Datuk Seri Panglima Hajijih Haji Mohd. Noor, DUN Tamparuli oleh Datuk Welfred Bumburing Presiden PCS parti pembangkang manakala DUN Kiulu Datuk Jhoniston Bangkuai (PBS) tidak mungkin berdiam diri ditentang oleh seluruh parti pembangkang pada PRU ke 14 akan datang,  bagi para pemimpin parti pembangkang Sabah dan Malaysia amnya sudah seharusnya membuka langkah menawan jiwa rakyat dengan pelbagai usaha menghulur bantuan penduduk kampung termiskin tanpa menunggu sehingga membentuk kerajaan bagi menggantikan kerajaan BN masa kini seperti slogan yang kerap mereka (pembangkang) kawasan Parlimen Tuaran sejak setahun lalu.
Selain dari itu pertembungan sesama parti pembangkang seluruh kawasan Parlimen Tuaran termasuklah kawasan DUN Tamparuli, Sulaman dan Kiulu menyebabkan perpecahan pengundi berbanding dengan BN yang sebulat tekad menyatupadukan rakyat dengan kemampuan menghulur bantuan pada rakyat yang memerlukan, malah Pemimpin BN juga tidak pernah membelakangkan khidmat semua pihak NGO mahupun kumpulan Media Cetak dan Media Eletronik sentiasa disanjung dengan  pelbagai hadiah dan penghargaan berbanding pemimpin parti pembangkang yang membelakangkan pihak terlibat di Kawasan Tuaran.
BERPOLITIK BIAR BERPADA JANGAN KECIWAKAN RAKYAT JELATA SENDIRI SEBAB IANYA AKAN JADI ISU POLITIK GOLONGAN BAKAL BEREBUT MENJADI CALON TANPA MELIHAT KEPERLUAN RAKYAT JELATA MENGHARAP BANTUAN.
SEMUA GAMBAR DISIARKAN SEKADAR PERHATIAN RAKYAT ANTARA PEMIMPIN BN DENGAN KEPIMPINAN GOLONGAN PARTI PEMBANGKANG KAWASAN PARLIMEN TUARAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan