Jumaat, 15 September 2017


Oleh. Williem Anak Lagau
16 SEPTEMBER PEMANGKIN PERMAUFAKATAN MASYARAKAT
Sabah. Setiap tahun masyatakat Sarawak Sabah menghayati tarikh keramat kejayaan memelihara kemerdekaan bersama dengan Malaysia tanpa persengketaan walaupun banyak berbilang kaum menduduki dalam negeri Sabah namun tetap aman dan harmoni bagaikan bersaudara sahaja dengan berbilang bangsa dan agama disamping hidup berjiran sepakat, malah dalam masa yang sama juga masyarakat kampung jelas hidup harmoni dengan hidup mengamalkan sikap bergotong royong dalam apa juga perusahaan ladang pertanian dalam kelompok besar sebelum mendapat bantuan dana kewangan dari sesiapa sahaja bermurah hati demi kesinambungan sara hidup keluarga penuh semangat kesabaran.
Hari ini 16 September 2017 (Sabtu) sudah genap 54 tahun rakyat Sabah bersama mendokong kejayaan dalam Malaysia dengan pelbagai cabaran berliku namun masih banyak prasarana yang harus dilakanakan sejajar pada slogan Sabah Maju diambang wawasan 2020, rakyat juga harus menghayati situasi makna sebenar Sabah bersama dalam Malaysia dengan pelbagai program  bersama dalam merealisasikan TN 50 sebagai penggerak misi kemajuan seiring bersama dengan pencapaian negara maju.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN SABAH KE 54 PADA TAHUN 2017 DAN HARI MALAYSIA KE 60 TAHUN KEPADA SELURUH PENCINTA REFORMASI KESATUAN BUDAYA SERTA KESEPAKATAN AMNYA KEHARMONIAN  DEMI MENGEJAR KEJAYAAN WALAUPUN SECARA BERPERINGKAT. KEPADA SELURUH MASYARAKAT BERBILANG KAUM DAN AGAMA KAWASAN DUN KIULU MAHUPUN TAMPARULI AMNYA. DARIPADA, KUMIN @ NOVET GILOU  AKTIVIS MASYARAKAT DUN KIULU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan