Isnin, 4 September 2017

Oleh. Jasly Dol
KERJA KERAS MEMBELA RAKYAT BERTERUSAN MAMPU MENEWASKAN PARTI PEMBANGKANG
Kota Belud. Gandingan mantap seluruh parti kompenan BN kearah mendekati rakyat jelata disetiap perkampungan mampu memelihara sokongan padu bagi memberi kemenangan walaupun impian masih tergantung mengharap calon dikalangan orang yang berwibawa dengan memiliki hubungan baik semua parti kompenan B N khususnya UMNO harus diperaktikan oleh kepimpinan tertinggi parti demi menawan semula kerusi DUN Kadamaian dari pengaruh parti pembangkang sejak PRU ke 13 lagi, kekilafan bagi memilih calon dalam PRU ke 14  bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Kadamaian bakal mengundang kepada kemenangan mana mana calon parti pembangkang yang berpotensi serta disenangi pelbagai lapisan masyarakat yang mengundi dalam kerusi DUN tersebut apa tak lagi pelbagai janji ditabur menerusi agenda MA 63 Sabahan Untuk Sabahan bagai satu senjata yang bukan senang ditangkis secara politik kekerasan melainkan berpolitik yang mampu diterima pakai dan mudah difahami oleh rakyat jelata yang telah dipengaruhi oleh kuasa politik pembangkang dengan agenda yang menarik.
Perjuangan seluruh parti kompenan BN yang diterajui UMNO seluruh Parlimen Kota Belud sememangnya bukan senang ditawan oleh parti pembangkang jika seluruh parti kompenan BN setempat bersatu seperti slogan UMNO khususnya DUN Kadamaian apa tak lagi teraju PBS, UPKO dan PBRS boleh dipandang cukup mantap dan tidak mampu digugat oleh parti pembangkang yang masih belum wujud perjanjian persefahaman sesama sendiri, jika ini dijadikan sandaran bagi membentuk permaufakatan diantara PBS, PBRS dan UPKO sambil dibantu oleh UMNO, LDP, MCA, sudah pasti pembangkang tidak memiliki peluang memenangi kawasan Kadamaian dimana impian parti pembangkang tidak mampu menggugat perjuangan agenda pembangunan dan ekonomi sebenar rakyat luar bandar yang  mempunyai komited kepimpinan sebenar bersama rakyat jelata setempat.
Antara lain pemimpin PBS yang kukuh dan teguh dikawasan Kota Belud ialah Datuk Almudin Kaidah Tempasuk, Daimin Sulukan Kadamaian dan Mohd. Lin Harun Usukan orang lama dalam PBS mampu memuouk perpaduan seluruh ahli ahli PBS dengan menggarap perjuangan taat setia walaupun tidak mendapat peluang mencapai jawatan tertinggi dalam jawatan kerajaan negeri Sabah sejak berpuluh tahun yang lalu malah tidak pernah meninggalkan PBS selama menjadi ahli, sudah sampai masanya kepimpinan BN khususnya UMNO mengimbas perjuangan mereka dalam parti kompenan BN dimana jika ada tempat dan kesesuaian dipilih menjadi calon dalam pilihan raya ke 14 tidak salah antara satu dari mereka ini diberi peluang keutamaan demi kesetiaan mereka bersama memperjuangkan BNcdalam Sabah walaupun pelbagai cabaran yang ditempuhi sepanjang masa dalam PBS dan BN Sabah.
Antara pandangan sebilangan ahli ahli PBS kawasan Parlimen Kota Belud yang memiliki hubungan baik dengan UMNO seperti Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak, Datuk Abdul Rahman Dahlan serta seluruh Parti Kompenan BN setempat sejak sekian lama sebelum sebilangan pengundi terus beralih arah kepada bebetapa parti pembangkang yang rancak berkempen seluruh kawasan Kota Belud, malah dalan ( gambar disertakan) amat jelas pemimpin UMNO Kota Belud terus komited bersama parti kompenan BN seperti PBS, UPKO dan PBRS menyebabkan BN Kota Belud masih berperngaruh dimata rakyat sehingga bukan senang mahu menumbangkan BN setempat seperti dakwaan individu dilaman maya sejak sekian lama.
ADALAH MENJADI HARAPAN RAKYAT KADAMAIAN BN UMNO MENIMBANG CALON BERPOTENSI DI KADAMAIAN WALAUPUN TIDAJ BERJAWATAN TINGGI DALAM PBS PUSAT MAHUPUN PERINGKAT BAHAGIAN BOLEH LAH DIPERTIMBANGKAN JIKA MEMILIKI KELAYAKAN DALAM AKEDIMIK PENDIDIKAN SERTA MAMPU BERDIKARI SENDIRI TANPA MENGHARAP PIHAK TERTENTU BAGI MENERUSKAN PERJUANGAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan