Rabu, 20 September 2017

Oleh. Bujie Tukarang/Jopis Anak Lagau
PAKATAN DAP DENGAN WARISAN SAHAM BESAR GABUNGAN SABAH
SABAH. Pelawaan Dap Sabah kepada Parti Warisan Sabah menyertai PH dengan parti pembangkang dari Semananjung Malaysia bakal memberi nafas baru terhadap semua parti tempatan Sabah yang bakal menjadi pilihan rakyat jelata yang menolak Parti Malaya seperti kompenan BN dengan memilih pembangkang, jika rakyat Sabah sudah menolak BN dari Malaya adalah mustahil rakyat terus menyokong parti pembangkang juga berpusat dari Malaya sebagai perjuangan Alternetif mereka (rakyat) demi tanah air Sabah yang mereka cintai dalam jangkamasa panjang apa tak lagi semangat kekitaan dalam politik Sabahan semakin mantap.
Pemimpin Dap Sabah menjanjikan kepada Warisan Sabah sebagai Ketua Menteri jika mereka berjaya menjadi kerajaan negeri Sabah akan datang bagaikan telah mendapat surat rasmi bertulis dari pemimpin PH di Kuala Lumpur dimana boleh dituntuk jika tidak ditunaikan oleh kepimpinan pusat Semananjung Malaysia jika tidak tertunai selepas menang pilihan raya, perlu disedari semua rakyat Sabah janji bercakap terbuka terlalu senang setiap kali menjelang pilihan raya namun secara realitibsesuatu perlantikan jawatan ketua menteri itu bukan jawatan yang boleh disuarakan hanya seorang pemimpin melainkan mendapat mandat suara ramai setiap ADUN yang memenangi pilihan raya dalam negeri Sabah setiap kali pilihan raya.
Berdasarkan kepada pelawaan menjadi Pakatan Dalam parti parti pembangkang dari Semananjung Malaysia mungkin dapat dirumus dan diperaktikkan seluruh rakyat negeri Sabah bagai satu janji meraih sokongan dikalangan pengundi Islam Sabah, jika Warisan menyahut pelawaan tersebut terutama memerlukan tawaran jawatan Ketua Menteri besar kemungkinan parti parti pembangkang kecil dalam Sabah termasuklah Parti Gabungan Sabah serta Parti Kerjasama Anak Negeri Sabah pimpinan Datuk Henrynus Amin mampu meraih pilihan utama rakyat asli Sabah demi semangat kekuatan politik jangka panjang.
Presiden Parti Kerjasama Anak Negeri Sabah Datuk Henrynus Amin seorang pemimpin yang mengutamakan suara rakyat berhubung isu masa depan politik demi masyarakat Sabah dan diakui sebilangan besar rakyat dalam negeri ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan