Rabu, 27 September 2017



Oleh. Bujie Tukarang/Williem Anak Lagau
BN PERLU TOKOH PEMIMPIN BARU MENDEPANI ISU HANGAT PEMBANGKANG
Sabah. Isu mainan pemimpin pembangkang bagai baling batu sembunyi tangan dimana Sampah dan kanak kanak yang dipercayai warga asing dijadikan isu menghentam kepimpinan Kerajaan BN masa kini tanpa mengambil kira syarikat siapa banyak menggaji warga asing dalam Sabah sejak sekian lama di Sabah, kini Kerajaan BN Sabah wajar merekrut pemimpin muka baru dan bersih bagi mendepani pelbagai teknik pemimpin pembangkang agar segala mainan politik tidak lagi masuk akal dapat dipatahkan demi menjelaskan terhadap orang orang asli Sabah dipelusuk perkampungan terpencil setiap masa.
Diantara kawasan DUN panas Parti Pembangkang masa kini ialah N.11 Kiulu, N. 7 Kadamaian, N. 13 Inanam dan N.12 Kerambunai serta DUN Luyang dimana ramai penyokong BN menyuarakan agar calon muka baru dipilih sedia dari awal menjadi Calon PRU ke 14 demi mereka dapat bersiap sedia bersama rakyat bersatu  perjuangkan  kerajaan BN tanpa memberi peluang pemimpin pembangkang yang sekadar mendambakan jawatan selepas menang pilihan raya, oleh yang demikian sudah sampai masanya BN khususnya PBS dan seluruh parti kompenan BN di Sabah mahupun seluruh Malaysia amnya perlu mengkaji pandangan generasi muda mudi memberi peluang orang baru mahupun generasi muda mudi sebagai calon pada pilihan raya ke 14 akan datang demi kemenangan BN pada PRU ke 14 dijangka tahun depan.
Menurut generasi muda mudi dalam negeri Sabah, pemilihan calon pilihan raya tidak semestinya memiliki jawatan tertinggi dalam parti kompenan yang diwakili asalkan mereka berjiwa rakyat dan mampu memberi sumbangan seiklasnya terhadap rakyat jelata mengikut kemampuan serta keiklasan golongan terlibat.

EN. JANIH BANGUD SENTIASA SEBUTAN RAKYAT PENYOKONG BN SETEMPAT DIUSUL SEBAGAI CALON PRU KE 14 AKAN DATANG.
 GAMBAR ATAS JANI BANGUD, GAMBAR TENGAH SAMPAH  BERTIMBUN DISETIAP RUMAH WARGA ASING DISABAH DAN GAMBAR BAWAH PPM DAIMIN SULUKAN DUN KADAMAYAN DIPERLUKAN RAKYAT PILIHAN CALON UTAMA BN DALAM KAWASAN TERSEHUT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan