Isnin, 4 September 2017

Oleh. Jasly Dol Dan Bujie Tukarang

SELURUH AHLI PARTI  TURUN PADANG MENJELASKAN PADA RAKYAT
Tamparuli. Parti Bersatu Sabah (PBS) akan menggerak jentera semua ahli diperingkat bawahan bagi memberi penerangan dan menerima suara rakyat kearah memberi kemenangan semula calon PBS BN dalam menghadapi pilihan raya ke 14 bagi menebus semula kerusi DUN Tamparuli yang jatuh ditangan parti pembangkang pada pru ke 13 yang lepas, tidak dinafikan kelekaan ahli parti diperingkat bawahan bagi menangkis menerusi kefahaman minda yang harus disampaikan pada orang ramai agar segala dakyah tidak berasas pemimpin parti pembangkang dapat diketepikan oleh pelbagai lapisan rakyat jelata sebelum menerimanya sebagai landasan meraih sokongan rakyat demi mendapat sokongan undi dalam pilihan raya semata mata.
Semua ahli parti PBS diperingkat cawangan harus lah menjalinkan kerjasama yang terbaik terhadap seluruh pemimpin dan ahli parti kompenan BN setempat agar mampu menangkis segala dakyah dan tohmahan pihak pemimpin parti pembangkang yang sekadar mahu mengembalikan kuasa dan jawatan mereka terdahulu tanpa mampu merubah apa yang dicanangkan, setiap manusia sememangnya senang berkata kata dengan teori menuju keangkasa bagai lupa berpijak dibumi yang nyata apabila sudah menang menjadi YB seperti PRU ke 13 menggunakan tugas praktikal dengan seluruh kampung dalam tanggongjawab tidak mampu memajukan kawasan jagaan wakil rakyat akhirnya seluruh orang kampung juga terpaksa menerima kelembaban pembangunan dan sumber ekonomi masyarakat setempat.
Antara amanat utama Ketua Bahagian PBS N. 9 Tamparuli Datuk Jahid Jahem merangkap Ketua Penerangan PBS Pusat semasa merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan PBS N. 9 di
Dewan Tun Hamdan Tamparuli yang mendapat sokongan dengan kemasukan hampir 200 orang dipercayai penyokong parti pembangkang pada PRU ke 13 yang lalu, seluruh perwakilan PBS pada mesyuarat bahagian termasuklah sayap Pergerakan Wanita dan Pergerakan Pemuda sebulat suara mengusulkan Datuk Jahid Jahem sebagai pilihan utama calon dari PBS bagi DUN Tamparuli pada pilihan raya ke 14 akan datang bagi menawan  semula Dun Tamparuli yang ketinggalan selama hampir 5 tahun  ditangan YB. Pembangkang.
Sementara itu keupayaan Setiausaha PBS Bahagian Tamparuli Mr. Jilias Lintar dalam menggarap tugas berhadapan semua lapisan masyarakat setempat dari berbilang kaum dan berlainan parti kompenan BN amat dikagumi masyarakat setempat terutama mereka yang mewakili LDP dan MCA Parlimen Tuaran turut hadir pemerhati tetamu undangan khas di Mesyuarat Agong PBS Bahagian Tamparuli, gandingan Datuk Jahid Jahem (Ketua Bahagian) En. Madin Anak (Timbalan Ketua Bahagian) disamping Pergerakan Wanita dan Pergerakan Pemuda PBS Bahagian Tamparuli dijangka rakyat setempat mampu memperkasa kepimpinan membangun prasarana dan ekonomi rakyat jika berjaya memenangi kerusi DUN Tamparuli pada PRU ke 14 dijangka tidak lama lagi asalkan seluruh ahli PBS dan kompenan BN bersatu mendekati rakyat setiap masa.
Turut hadir merasmikan mesyuarat Agong PBS N. 9 Tamparuli Datuk Seri Dr. Maxsimus J. Ongkili dengan amanat menyeru PBS Tamparuli menggembeling tenaga merampas semula kerusi tersebut dari tangan pembangkang pada PRU ke 14 disaksikan Datuk Radin Maleh, Datuk Madius Tangau, Datuk Anita Baranting, Datuk Cladius Sundang Alex serta beberapa pemimpin parti kompenen BN dari beberapa daerah dalam negeri Sabah, jika digarap seluruh tenaga pemimpin parti kompenan BN sampai kepada rakyat jelata tidak mustahil PBS dan semua parti kompenan BN Sabah tidak ada perkara mustahil PRU ke 14 akan datang semua kerusi PBS yang tewas pada PRU ke 13 boleh dirampas pada PRU KE14 dengan cara kerja menyatupadukan rakyat yang menyokong pembangkang pada PRU ke 13 yang lalu tanpa ada unsur pengabaian rakyat jelata disetiap kawasaan masing masing.

SELAMAT MERAIH AIDILADHA DAN HARI KEMERDEKAAN 16 SEPTEMBER 2017 BAGI SABAH SARAWAK (HARI MALAYSIA) KEPADA SELURUH LAPISAN MASYARAKAT DUN TAMPARULI DAN PARLIMEN TUARAN AMNYA. SEMOGA KITA SEMUA DIBERKATI ALLAH/ TUHAN MAHA BERKUASA AGAR SAMA SAMA MEMELIHARA KEKUATAN KERAJAAN BN MASA KINI DEMI MASA DEPAN RAKYAT MENCAPAI KEMAJUAN BERSAMA GENERASI KITA PADA TN 50 AKAN DATANG. DARIPADA. DATUK JAHED JAHEM KETUA BAHAGIAN PBS N.9 TAMPARULI MERANGKAP KETUA PENERANGAN PARTI BERSATU SABAH YANG JUGA PEMIMPIN PEMBANGUNAN MASYARAKAT N.9 TAMPARULI SERTA KELUARGA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan