Jumaat, 15 September 2017

 Oleh. Bujie Tukarang
LANGKAH SEPAKAT TERCAPAI WAWASAN
Sabah. Misi permufakatan wargatua dahulu dengan kata bersulam SUMPAH telah mencapai wawasan kemerdekaan tanah air dengan satu hati satu misi dan satu harapan agar pembangunan ekonomi dan keselamatan tanah air terus meningkat dan terpelihara, tarikh keramat 16 September setiap tahun kesinambungan kepada 16 September 1963 terus terpahat dalam memori ingatan warga emas yang berusia melebihi 68 tahun masa kini dimana cukup memberi semangat kekuatan rakyat Sabah pada masa kini.
Semua ilham warga tua dahulu cukup tersusun dan terpelihara dengan mewujudkan BATU SUMPAH dengan bermatlamat memberi petunjuk generasi muda mudi dalam jangkamasa panjang agar warisan wargatua dahulu tidak hilang ditelan zaman, malah sehingga hari ini Sabah masih memiliki sesuatu hak istinewa yang terpahat tulisan rasmi menerusi adat BATU BERSUMPAH DITANAM penuh tata peradaban dengan kepakaran BOBOLIAN (Pakar Ilmuan) dikalangan orang anak jati negeri Sabah dahulu.
16 September setiap tahun terus terpahat dalam hati warga Sabah sebagai sejarah keramat Kemerdekaan mereka bersama Malaya yang kini Malaysia, namun ianya dipercayai tidak lagi menjadi terpenting bagi generasi muda mudi dalam negeri Sabah melainkan mengingati 31 Ogos setiap tahun sebagai hari Kemerdekaan Malaysia.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN SABAH DAN HARI MALAYSIA 16 SETEMBAR 2017, KEPADA SELURUH WARGA SABAH YANG MENGENALI SAYA DIMANA JUGA BERADA, SEMOGA KITA TERUS DIPELIHARA TUHAN  SEPANJANG MENITI KEHIDUPAN DISAMPING MURAH REZIKI DAN TERPELIHARA KESELAMATAN TANAH AIR KITA BERSAMA.
DARIPADA, TUAN GEMBENENUN SOMUDING DAN KUMPULAN PATOD ASLI SABAH.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan