Jumaat, 22 September 2017

Oleh. Jopis Anak Lagau
SOROTAN BERITA SEMASA DALAM MALAYSIA
Sabah. Parti Bersatu Sabah (PBS) kehilangan satu lagi pemimpin muda belia berikutan Datuk Jake Jikulin Nointin keluar parti disaksikan hampir 1,000 ahli PBS kawasan Keningau, menurut sumber maklumat sehingga berita ini ditulis belum ada penjelasan kemana beliau akan meneruskan legasi perjuangan parti politik menjelang PRU ke 14 akan datang namun dipercayai masih menyokong perjuangan BN bagi membela nasib masyarakat orang Sabah yang masih ketinggalan pembangunan ekonomi serta pendidikan muda mudi akan datang.
Sejak kebelakangan ini ramai tersebar dilaman sesawang Sabah kononnya pembangkang mula memancing para pemimpin parti kompenan BN untuk dicalonkan bagi menewaskan setiap calon BN yang terpilih peringkat DUN atau PARLIMEN, namun berdasarkan pada risikan media di Sabah semua yang meninggalkan parti kompenan BN tidak ada seorangpun yang menerima surat oengesahan rasmi mereka ini terpilih menjadi calon parti pembangkang dibeberapa kawasaan jelas penyokong PBS Keningau.

TUARAN
Timbalan Ketua Bahagian PBS DUN Kiulu En. Janih Bangud sedang aktif jelajah melihat rakyat diseluruh kawasan DUN Kiulu disamping menyertai pelbagai gotong royong anjuran penduduk setiap kampung dalam kawasan tersebut,  malah seluruh penyokong parti kompenan BN amat mesra dengan beliau walaupun En. Janih sekadar Timbalan Ketua Bahagian PBS Kiulu namun semua kerja kerja amal tidak pernah mengabaikan segala tanggongjawab mereka.
Janih Bangud  berbaju thirst biru membina tempat tangki air dikawasaan Dun Kiulu bersama para penduduk setempat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan