Ahad, 17 September 2017

Oleh. Bujie Tukarang
DUN MEMBAKUT BENARKAH UMNO TERGUGAT?
Membakut. Pemerhati politik meramalkan situasi DUN Membakut pada PRU ke 14 akan datang panas berikutan beberapa bekas pemimpin parti kompenan BN masa kini berada diatas pagar setelah tidak berjawatan dalam parti, selain dari itu ada juga bekas bekas penyokong parti kompenan BN masa lalu kini menjadi jentera pendamping rakyat jelata bagi beralih sokongan kepada satu politik yang berpengkalan di Sabah terkenal PARTI WARISAN pimpinan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal selaku Presiden parti.
Kerusi Dun Membakut dipegang oleh UMNO YB .Datuk Ariffin Arif selaku WakilvRakyat dimana besar kemungkinan akan mempertahankan kerusi tersebut pada PRU ke 14 akan datang bersama sama seluruh kepimpinan parti kompenan BN lain seperti PBS, UPKO dan PBRS amnya beberapa parti kompenan BN dari Semananjung membantu kempen pada masa pilihan raya ke 14, tidak hairan lah jika setakat ini kempen saraf bawahan oleh parti pembangkang mampu menumbangkan UMNO BN berikutan kehilangan sokongan rakyat tersebar luas menerusi kroni penyokong parti pembangkang tanpa menunjuk keprihatinan membantu rakyat jelata setempat apa tak lagi membuktikan dengan jelas siapa sebenar calon parti pembangkang setempat agar rakyat jelata mampu mengenali lebih awal nerbanding perjuangan BN UMNO tanpa selindung  walaupun tidak dapat dipastikan bila sebenar tarikh pilihan raya dalam Sabah.
Sehingga berita ini ditulis Mantan Ketua Bahagian PBS DUN Membakut Egol Onsim Basintal (Gambar) enggan dihubungi berhubung kabar orang orang kuat Warisan Membakut mendakwa Egol Onsim Basintal disenarai Calon Warisan Sabah pada PRU jec14 akan datang walaupun tidak ada yang mengetahui surat perletakan keahlian beliau dalam PBS, isu ini menarik perhatian orang ramai terutama golongan yang suka menjadi orang tengah menjadi ejan mencari calon melawan parti kompenan BN dalam pilihan raya ke 14 akan datang.
Siapa calon dan Siapa menang antara BN dan Gabungan Parti Pembangkang terpulang pada seluruh pengundi DUN Membakut yang disenangi rakyat mudah mudi akan datang asalkan rakyat jelata menyukai dalam konsep mudah membantu terhadap orang kampung yang miskin dalam kehidupan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan