Selasa, 19 September 2017


Oleh. Jopis Anak Lagau
PERINTAH BERKURUNG WAJAR DIKEKAL TANPA HENTI
(Tidak Ada Jaminan Penceroboh Tiada Petunjuk Dalam Sabah)
Sabah. Langkah mengekalkan Perintah Berkurung Pesisir Laut kawasan Pantai Timur dalam negeri ini wajar dikekalkan cara tetap bagi mengekang pelbagai kegiatan orang setempat menjadi agent perhubungan kumpulan penceroboh dan penculik dari negara jiran terdekat yang sentiasa menunggu peluang terbaik memasuki Sabah jika dilonggarkan kawalan ketat perintah berkurung kawasan Pantai Timur Sabah, agent talibarut Penculikan dan Pencerobohan yang dipercayai tinggal diseluruh Pantai Timur Sabah juga akan gembira jika dilonggarkan Perintah Berkurung apa tak lagi tidak suka ditamatkan serta merta oleh pihak Kerajaan Sabah tanpa merekod kebanjiran sebenar Pendatang tanpa izin setempat sejak sekian lama.
Selain mengekalkan Perintah Berkurung diseluruh Pantai Timur kerajaan juga boleh menggunakan bantuan dari Bekas Tentera dan Bekas Polis yang berdaftar dalam Persatuan Bekas Perajurit Sabah serta Persatuan Bekas Polis Sabah, langkah seumpama mampu mengesan kumpulan talibarut pihak penceroboh yang berdiam dipelusuk pantai Timur Sabah dengan pelbagi teknik menyamar orang baik  bagi mengelak pihak berkuasa tempatan yang boleh menjatuh hukuman.
Masyarakat negeri Sabah juga harus meneliti tindakan kerajaan Fhilipine dalam menggempur pengganas serta sekutu yang berhasrat mahu melawan setiap gerakan pasukan keselamatan negara terlibat sejak beberapa abad lepas.
  1. Dalam ketegangan negara jiran bersama kumpulan Abu Sayyaf  serta Daesh yang terus berusaha melawan  pasukan keselamatan Kerajaan namun apabila mereka ditewaskan  oleh pertahanan kerajaan pasti  kumpulan terlibat akan mencari perlindungan selamatkan diri dalam kepulauan mahupun menyusup masuk kenegara jiran terdekat sebagai menyusun langkah memperkasa perjuangan kumpulan mereka, berdasarkan kepada tindak tanduk kumpulan yang tergolong militan yang mahir dengan serang hendap bagi mengucar kacirkan pihak keselamatan setiap sesebuah negara yang diwakili kerajaan tentunya tidak disukai rakyat jelata yang memerlukan keamanan dalam sesebuah negara yang mereka cintai apa tak lagi dalam Sabah yang diduduki masyarakat berbilang kaum dan agama suku etnik terbanyak dalam negara Malaysia mengharapkan kerajaan Malaysia mengekalkan PERINTAH BERKURUNG kawasan pantai timur selagi kemasukan PPATI dari negara jiran terdekat tidak mampu disekat. 
  2.  ANTARA YANG MEMBIMBANGKAN RAKYAT ANAK NEGERI SABAH MASA KINI IALAH KEGIATAN PENYELUDUPAN PELBAGAI BARANGAN MASUK ATAU KELUAR DALAM SABAH, SELAIN DARI ITU BERLAKU JUGA PENYELUDUPAN MANUSIA TANPA IZIN MEMASUKI SABAH SERTA MEMBAWA SELUDUP ROKOK MASUK DALAM SABAH SEBAGAI JUALAN KAKI LIMA DIPELUSUK NEGERI INI TANPA RASA BERSALAH APA SAHAJA WARGA ASING BUAT DIDEPAN MATA MASYARAKAT ANAK NEGERI SABAH UJAR MEREKA DITEMUI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan