Sabtu, 4 April 2020

 BN MASIH RELEVEN DIHATI ORANG SABAH
Oleh. Williem Anak Lagau
 Sabah. Sudah dua kali kerajaan Malaysia bertukar selepas pilihan
raya ke 14 namun masih tidak mampu mengembalikan hak orang asal negeri ini dalam pengagihan bantuan BRIM yang mensasarkan semua pemegang Kad Pengenalan rakyat Malaysia anak negerj Sabah, sebaik Pakatan Harapan mengambilalih tampuk kerajaan Malaysia semua anak Sabah yang memegang Kad Pengenalan rakyat Malaysia dibatalkan BRIM mereka bila ditukar kepada BANTUAN SARA HIDUP dengan permasaalahan isteri pemegang pasport asing walaupun suami rakyat asli Sabah dan pengundi berdaftar sejak berpuluh tahun yang lalu tanpa menilai hak lelaki orang asli Sabah bagai tidak diperlukan kepimpinan kerajaan pakatan harapan.
Sebaik sahaja Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Dato' Muhyiddin Haji Mohamad Yassin Perdana Menteri mengambilalih tampuk kerajaan Malaysia serupa juga Bantuan Sara Hidup tidak layak juga memohon walaupun ramai sudah pemimpin UMNO didalam tampuk kerajaan Perikatan Nasional yang sewajarnya menyuarakan perkara tersebut, jika golongan terlibat juga tercicir dari Bantuan Prihatin Nasional jelas lah puluhan ribu lelaki anak jati Sabah dan Malaysia amnya yang beristeri pemegang pasport asing bakal mencanangkan penolakan kerajaan Perikatan Nasional dalam menempuh pilihan raya ke 15 akan datang berikutan kepimpinan kerajaan tersebut juga serupa pakatan harapan menolak lelaki Malaysia memperolehi bantuan dari kerajaan yang mereka sokong.
Pendedahan seorang Anak Sabah Kutigil Aujibin yang menghimpunkan jumlah yang ramai lelaki anak jati Sabah kehilangan bantuan BRIM YANG DIPERKENALKAN OLEH KERAJAAN BN PIMPINAN DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK BEKAS PERDANA MENTERI dalam era kerajaan Barisan Nasional dahulu, bayangkan lah puluhan ribu lelaki orang asal Sabah hanya beristeri secara sah perempuan pemegang pasport yang sah terus diketepikan bantuan dari kerajaan yang diundi seluruh rakyat Sabah dan Malaysia sedangkan lelaki merupakan ketua keluarga yang mencari nafkah dan bukan nya isteri rakyat asing yang mencari nafkah bagai tampok kerajaan Perikatan Nasional terus mewarisi corak kerajaan pakatan harapan tegas veliau. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan